Saturday, July 30, 2011

Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Mayat Ramses II


Mumia Ramesses II

Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramasses II yang sangat terkenal.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan majlis keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Prof. Dr. Maurice Bucaille

Bucaille adalah seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Kesempatan untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun ini di manfaat sepenuhnya oleh Bucaille. Beliau mengerah seluruh tenaga dan pengalamannya untuk membongkar misteri di sebalik kematian raja Mesir kuno itu.

hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menjumpai sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu tidak buruk.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang dipercayainya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (tajuk asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.





Kisah Firaun Di Dalam Al-Quran

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan panik kerana sesungguhnya umat Islam telah mengetahui tentang peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga ke hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang berlaku lama dahulu tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggi.

Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak 1400 tahun yang lalu.

Sambil mata tidak terlepas dari memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat menyatakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Adakah masuk akal ,di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa? Apakah masuk akal Muhammad mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” kata hatinya sendirian.

Beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya menyatakan Firaun tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: 

“Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. 
(Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Penemuan Roda Kereta Firaun di dasar Laut Merah

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami."
(Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan mengkaji seluruh isi al-Quran.


Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.



Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.


Wednesday, July 27, 2011

Emma Maersk – The Secret Story Of Building The World's Largest Container Ship



emma maerskEmma Maersk – Photo By Tidewater Muse

Emma Maersk

The Emma Maersk is a true Modern Marvel. She is the world’s largest container ship, the longest container ship currently in service and is propelled by the largest diesel engine ever manufactured. But during the final phase of construction and amid welding work, a fire broke within Emma Maersk’s multi-million dollar bridge, flames seized the ship from the bridge down through the accommodations, flames that could be seen for miles. Extinguishing a fire of this magnitude was only made capable by a group of local firefighters and crew trained to fight shipboard fires.
After escaping near total destruction, made possible only by those brave individuals involved, the Emma Maersk reached total recovery in record time.
The loss of a vessel this size would be on par with loosing an entire neighborhood of homes to flames. Where, like each home, time and energy, commitment, and progress had been put into the construction, with only the best intentions in mind. When such a vessel is engulfed by flames only to be saved, fixed and commissioned, progress and dedication again lead the way to success.
After a matter of weeks, of which the ship was also delayed, reconstruction was completed and Emma Maersk set sail on her maiden voyage. The commonly heard story of her successful journey from China to the United Kingdom bearing a cargo of Christmas items later that year, is a simple and appropriate metaphor. The Emma Maersk is herself a gift, her recovery a hopeful and inspiring tale of recovery and success.
According to AP Moller, the parent company of Maersk Lines, a single 20-foot vessel container on average can hold about 48,000 bananas. In theory then, Emma Maersk is capable of holding nearly 528 million bananas in a single voyage – enough to give every person in Europe or North America a banana for breakfast. Imagine now, this statistic in terms of Christmas presents. Without the amazing turn-around of Emma, the UK would have seen a lot of unhappy families that Christmas in 2006.
In losing Emma Maersk, we too, would have lost one of the most environmentally friendly container vessels ever built, as seen in her waste heat recovery system, which saves up to ten percent of power. But of even greater environmental importance is, due to her capacity being three times that of the largest container ship to ever transit the Panama canal, the number of smaller ships she replaces which, combined, would have a far greater consumption of fuel and emittance of air pollutants.
A year after the pivotal story of the Emma Maersk fire she was awarded “Ship of the Year” by Lloyd’s List, the world’s longest running magazine. Emma was given this award not because of her story, but because she set new standards in innovation, environmental issues and safety for the Maersk Line. Only a vessel that goes from the brilliant and ground-breaking design and construction, to a threat of extinction, to a final feat of success, deserves such an award,
Hailed openly as a true marvel of the sea, Emma Maersk’s journey from flames to reconstruction is a profound tale but certainly not the last estimate of human maritime achievement. In 2008 the South Korean shipbuilder STX announced plans to construct a ship capable of carrying over 22,000 containers and, with a proposed length of 450 metres, 25% longer than a Nimitz class aircraft carrier, the ship would become the largest seagoing vessel in the world. That is if her shipyard team can meet the challenges faced in constructing
The following are photos and video taken by the local fire brigade that fought the mighty Emma Maersk fire:
Emma Maersk Fire
Emma Maersk Fire - Bridge Wing
Emma Maersk Fire - Accomidation Block
Emma Maersk Fire - From a Distance
Video Of The Emma Maersk Fire:

.
But by October 2006 the Emma Maersk had been fully repaired and set sail for her maiden voyage to Singapore:

The Emma Maersk

The Emma Maersk
The Emma Maersk The Emma Maersk
The Emma Maersk

Sunday, July 24, 2011

Nama Jalan Lama di Kuala Lumpur (zaman British)


JUL
24
Salam semua. Lama betul tak update kali. Maaf lah yer. Kali ni saya dapat info mengenai nama lama jalan di Kuala Lumpur. Hampir kebanyakan nama jalan yang berbaur British sang penjajah ditukar kepada nama yang lebih lokal.

File:JalanMaharajalela-JalanBirch.exp.jpg

Jeng jeng jeng...

1) Jalan Raja Laut = Broadrick Road
2) Jalan Cheng Lock = Foch Avenue
3) Jalan Dang Wangi - Campbell Road
4) Jalan Dewan Bahasa = Old Airport Road
5) Jalan Esfahan = Straits Road
6) Jalan Hang Jebat = Davidson Road
7) Jalan Hang Kasturi = Rodger Road
8) Jalan Hang Lekir = Cecil Road
9) Jalan Hang Lekiu = Klyne Road
10) Jalan Hang Tuah = Shaw Road

11) Jalan Masjid India = Dickson Road
12) Jalan Lebuh Pasar = Market Street
13) Medan Pasar Besar = Old Market Square
14) Jalan P Ramlee = Parry Road
15) Jalan Raja Chulan = Weld Road
16) Jalan Sultan Ismail = Treacher Road
17) Jalan Syed Putra = Loarnie Road
18) Jalan TAR = Batu Road
19) Jalan Tun HS Lee = High Street
20) Jalan Tun Perak = Mountbatten Road
21) Jalan Tun Tan Siew Sin/Silang = Cross Road
22) Changkat Raja Chulan = Hicks Road
23) Jalan Bukit Aman @ Bukit Aman = Bluff Road @ Bluff Hill
24) Bukit Tunku = Kenny Hill
25) Jalan Cenderawasih = Spooner Road
26) Jalan Dato Onn = Brockman Road
27) Jalan Duta = Guillemard Road
28) Jalan Gereja = Church Street
29) Jalan Istana = Taylor Road
30) Jalan Kebun Bunga = Orchid Road
31) Jalan Kinabalu = Old River Road
32) Jalan Langgak Golf = Golf View Road
33) Jalan Mahkamah Persekutuan = Holland Road
34) Jalan Mahkamah Tinggi = Clarke Road
35) Jalan Raja Abdullah = Hale Road
36) Jalan Raja Alang = Hans Road
37) Jalan Raja = Raja Road
38) Jalan Raja Muda Abdul Aziz = Princes Road
39) Jalan Semarak = Gurney Road
40) Jalan Sultan Sulaiman = Swettenham Road
41) Jalan Tangsi = Barrack Road
42) Jalan Traver = Damansara Road
43) Jalan Tun Ismail = Maxwell Road
44) Jalan Tun Razak/Pekeliling = Circular Road
45) Jalan Wisma Putra = Hose Drive
46) Persiaran Mahameru = Swettenham Drive
47) Persiaran Maybank = Court Hill
48) Persiaran Sultan Salahuddin = Clifford Road

Kalau ikut pendapat Wikipedia,

Following Malaya's independence in 1957 and the formation of Malaysia in 1965, street names in Kuala Lumpur were translated into the Malay language, some of which were given more simplified descriptions (i.e. "Old Market Square" as "Medan Pasar Besar" and "Foch Avenue" as "Jalan Foch"), as Malay was officially adopted as the official language of Malaysia in 1967.
The vast majority of the street names were further renamed en masse in 1981, as part of post-independence decolonisation pushed by the then newly elected Prime Minister of Malaysia Mahathir Mohammad. Street names which previously featured semblances of English origins were replaced by those commemorating local Malay figures, Malay culture and key politicians in Malaya/Malaysia. The renaming included roads in the core of old Kuala Lumpur, as well as major thoroughfares in the city.



File:JalanMaharajalela-JalanBirch.exp.jpg

Jalan Birch....ditukar kepada nama si pembunuh Birch...ironi sungguh....

HISTORY SUPREME, KAPAL TERMAHAL DI DUNIA



History Supreme, kapal bersadur emas
Kapal yang dinamakan sebagai History Supreme adalah kapal yang termahal di dunia dan ianya bernilai RM 15 Billion! Ini secara tidak langsung telah menidakkan kapal milik billionaire Rusia Roman Abramovich yang sebelum ini merupakan pemilik kapal termahal di dunia.
Eclipse milik Abramovich yang sepanjang kira-kira 174 meter, dilengkapi sistem peluru berpandu serta kapal selam untuk menyelamatkan diri adalah kapal peribadi terbesar. Tetapi dengan harga RM3.75 bilion, ia tidak setanding dengan History Supreme.
Kapal yang direka pereka warga Britain ini dihiasi dengan 100 tan emas, melitupi hampir separuh permukaannya. Dengan panjang kira-kira 30 meter, ia diiktiraf sebagai kapal paling unik di dunia kerana mempunyai tempat tidur yang dilitupi platinum dan mengandungi patung diperbuat daripada tulang Tyrannosaurus Rex, dinosaur maging terbesar. Berikut antara gambar-gambar dalaman bagi kapal termahal di dunia ini.
Agaknya siapakah pemilik kapal termahal di dunia ni?
Di olah dari akhbar Harian Metro
p/s – Aku tak tertarik langsung dengan barang-barang yang termahal ni. Sebagai seorang islam adalah wajar hidup secara bersederhana, bukankah itu satu suruhan Junjungan Besar Nabi kita, Muhammad S.A.W?

Kapal Terbang Purba Yang Mengemparkan Dunia







Gambar tersebut adalah artifak yang dijumpai di tengah-tengah Amerika Selatan dan perbagai artifak-artifak berteknologi tinggi berusia beribu-ribu tahun telah banyak mengemparkan orang-orang barat tentang asal usul kejadian manusia....

Mereka (Barat) menyangka merekalah tamadun yang paling hebat...zaman ini adalah zaman yang paling moden sekali dalam sejarah peradaban manusia. Zaman ini kita mempunyai teknologi-teknologi yang paling canggih, paling hebat tiada tandingannya. Teknologi NASA adalah yang paling unggul dalam sejarah peradaban manusia...

Tapi mereka salah! mereka sebenarnya salah!
Sejarah manusia sudah diputarbelitkan oleh Yahudi-yahudi yang mengetahu hakikat sebenarnya....Orang islam tahu...tapi mereka lebih mengangkat orang barat sebagai rujukan...Masih lagi tertera dan tersemat dalam buku-buku sejarah kita...

Siapakah yang mencipta kapal terbang?
Jawapannya Keluarga Wright bukan?
Siapakah yang mencipta talipon?
Jawapannya Graham Bell bukan?

Ternyata fakta-fakta dalam buku sejarah adalah implikasi ajaran yahudi yang ingin menjauhkan manusia kepada pencipta ALLAH yang Maha Bijaksana...

Al Quran diturunkan dan telah menerangkan dengan sejelasnya...bahawa...

Kehebatan tamadun yang kita ada sekarang tidaklah sampai 1/10 daripada teknologi zaman dahulu yang hidup dengan kemewahan dan teknologi yang lebih dasyat daripada sekarang...Mereka mampu hidup beratus tahun hasil dari kajian bioteknologi yang hebat...Tapi kita? Mampukah kita?

Hatta mencipta sebuah kapal terbang pun tidak mampu menanding keajaipan teknologi mereka...

Tuhan telah memusnahkan mereka...kerana mereka ingkar dengan perintah Tuhan...Maka Allah lenyapkan kesemuanya...Dan Allah mahu kita sentiasa berjalan di muka bumi ini mencari dan terus mencari kesan-kesan sejarah yang telah ditinggalkan...supaya kita dapat mengambil pengajaran dan mendekatkan diri pada Ilahi...

Semua rahsia teknologi dan pembuatan ada dalam kesan-kesan sejarah....tidak perlu berfikir jauh dan tidak perlu banyakkan teori dan ujian-ujian teknikal...

Berjalanlah di muka bumi...carilah artifak tinggalan sejarah peradapan yang paling canggih yang telah dilenyapkan di muka bumi...

Zaman era Mahdi tidak lama lagi akan bermula....para wali-wali Allah dan ilmuan Islam sedang bertungkus lumus mendapatkan ilham-ilham yang telah ditinggalkan dari buku-buku wali Allah....bagi meningkatkan teknologi menentang zionis Dajjal dan puak Syiah yang kejam...Sekirannya kita mahu turut serta maka buatlah kajian ....lihatlah bagaimana seorang saitis barat yang berjaya meniru tekonologi zaman dahulu teknik reverse engineering hingga dapat menjual produk di seluruh dunia....

Kita ada rahsianya...Al Quran dan Hadis inilah sumber kejayaan orang-orang Islam...

Friday, July 8, 2011

MELAYU DAN YAHUDI


Tahukah anda bahawa Yahudi (Zionis) kini sedang giat mengkaji tentang satu bangsa yang hilang?. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu :

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur.
Percaya atau tidak, sememangnya bangsa Melayu termasuk diantara senarai bangsa yang hilang tersebut. Menurut suatu kajian, Melayu dipercayai berasal dari keturunan sebelah Nabi Yusuf as, yang telah menurunkan generasi Manasseh. [klik di sini]
Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka lengkap dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk lost tribe disebelah South East Asia region.
Wallahualam...

PERHATIAN : Video di atas hanya fakta sokongan pada hujah-hujah yang dikemukakan. Sepertimana yang kita ketahui (disebutkan di atas ; baris 15-17) masih terdapat beberapa penemuan yang dirahsiakan oleh pengkaji. Harap Maklum.
http://aku-macjay.blogspot.com/