Friday, May 27, 2011

Bagaimana minda Menentukan Nasib anda



" bagi menjadi jutawan, anda perlu memiliki minda jutawan"

apabila anda menyalahkan takdir kerana mendapat kesusahan, anda salah. Anda yang sebenarnya menentukan apa yang anda hadapi ataupun terima setiap hari. Saya akan menerangkan bagaimana anda boleh menentukan nasib sendiri.

Sebelum anda dapat mempelajari pemikiran ataupun cara minda bekerja, penting bagi anda memahami terlebih dahulu bagaimana minda menusia bekerja sehingga membentuk sikap dan hasil kepada kehidupan anda sendiri.

Sistem kepercayan membentuk sikap anda

Ahli psikologi bersepakat berkenaan proses tingkag laku dan tabiat manusia terbentuk iaitu melalui proses seperti di bawah:

  1. rakaman pengalaman (programming)
  2. kepercayaan (belief system)
  3. tindakan (action)
  4. hasil (result)

segala rakaman ataupun rekot situasi yang anda lalui semasa anda membesar (daripada segi penglihatan, pendengaran, perasaan) melahirkan sistem kepercayaan kepada situasi yang anda lalui. Keadaan itu menghasilkan tindakan ataupun sikap anda pada perkara itu. Daripada tindakan atau sikap anda pada perkara itu. Daripada tindakan itu, ia mengeluarkan hasilnya ke dalam kehidupan anda.

Daripada segi kehidupan, apabila anda pernah terperangkap di dalam bilik gelap , wujud perasaan takut. Ini menyebabkan anda tidak berani berada di dalam bilik gelap. Hasilnya anda memang selalu menjauhkan diri daripada berada di dalam bilik yang gelap.

Begitu juga bagi contoh berikut. Apabila anda pernah mendengar kata-kata ibu bapa yang mengatakan perniagaan bukanya senang bagi anda berjaya, perasaan takut melibatkan diri dalam perniagaan terbentuk dalam minda anda. Apabila anda dewasa anda mempunyai persepsi negative pada budaya berniagaan. Apabila anda menceburi bidang perniagaan perpesi ini menjadi halangan minda kepada kerjayaan anda dalam bidang ini. Usaha anda berniaga kerap menghadapi kegagalan dan anda mudah berputus asa akibat kepercayaan yang anda bawa dalam minda tanpa anda sedari.

Apkah yang dimaksudkan kepercayaan minda? Daripaa segi psikologi, percayaan minda adalah sistem kepercayaan yang terbentuk dalam minda.manusia yang terhasil daripada persekitaran , ibu bapa , persekolahan, agama ataupun orang -orang yang anda hormati ataupun berpengaruh. Sistem kepercayaan adalah kumpulan daripada pelbagai bentuk kepercayaan adalah kumpulan daripada pelbagai bentuk kepercayaan anda sehingga ia menjadi tempat rujukan setiap kali anda menerima sesuatu situasi dalam kehidupan seharian.

Kepercayaan menentukan apa yang kita inginkan dan apa yang kita lakukan apabila kita melalui sesuatu situasi. Apabila dalam minda terdapat halangan mental seperti , "susah betullah, saya selesaikan masalah ini " ataupun pelbagai lagi halangan yang anda bentuk sendiri, kemungkinan besar anda tidak membentuk matlamat yang besar bagi dicapai.

Pemikiran yang anda terima dan yakin menjadi sistem kepercayaan sepanjang anda mempercayainya dalam kehidupan. Kerana itu proses pembentukan sistem kepercayaan anda penting supaya anda fahami kerana dengan anda memahami bagaimana kepercayaan anda terbentuk, anda yakin mengawal minda anda supaya anda hanya membentuk kepercayaan yang membantu anda mendapatkan matlamat hidup anda sendiri.

"kawal minda anda, anda menentukan nasib diri anda"

sistem kepercayaan penting kerana ia membentuk perjalanan kehidupan. Sistem kepercayaan menghasilkan segala tindak-tanduk ataupun perbuatan tindak balas pada kepercayaan.

Kepercayaan berkenaan pelajaran menghasilkan tindakkan anda pada pelajaran anda, kepercayaan berkenaan wang menghasilkan tindak balas anda ke atas wang kepercayaan pada kekayaan membntuk tindakkan anda ke atas kekayaan dan beribu-ribu lagi kepercayaan berkenaan kehidupan anda .

Sekiranya anda percaya yang anda boleh berjaya pasti anda boleh berjaya dalam bidang yang anda ceburi. Sekiranya anda percaya anda boleh menjadi jutawan, kenapa anda tidak memulakan langkah menjadi jutawan?

Saya suka menyoal pelajar-pelajar saya berkenaan soalan berikut. Siapa anda? Bagaimana anda berfikir apakah  kepercayaan anda berkenaan kehidupan ? apakah ciri-ciri diri dan tabiat anda? Adakah anda layak mendapatkan kekayaan dalam kehidupan anda? Dan pelbagai lagi bentuk persoalan yang mengungkap apakah kepercayaan diri mereka yang sebenarnya.

Apabila anda minta pemuda yang bekerja berniaga bagaimanakah tindak balas pemuda itu? Apabila beliau berkata beliau tidak pernah berniaga tidak mempunyai modal, takut rugi malu dan pelbagai alasan lainnya, ini mengambarkan pemuda itu mempunyai persepsi negative pada bidang perniagaan.

Sebenarnya dengan memahami diri anda daripada segi tingkah laku cara berfikir dan kepercayaan anda semakin memahami apakah dan kepercayaan anda semakin memahami apakah yang sebenarnya berlaku dalam diri anda . ia penting supaya anda dapat menentukan apa yang perlu anda fikirkan ataupun hasilkan dalam minda .

Cuba anda bayangkan sebatang pokok dan pokok itu adalah kehidupan anda. Tentu buah yang dikeluarkan adalah hasil daripada pokok itu dan buah itu adalah gambaran apa yang anda hadapai daripada kehidupan anda. Apabila anda tidak menyukai buah itu aripada segi rasa ataupun saiznya, apakah yang anda lakukan pada pokok itu? Mungkin ada yang hanya melihat buah itu sahaja, tetapi sebenarnya anda perlu perlu melihat kualiti benih ataupun persekitaran tanah yang membentuk pokok itu. Maksudnya, apabila anda ingin menukar hasil ataupun buah itu, pertamanya anda perlu menukar akar ataupun benih pokok itu.

Oleh itu, apabila anda ingin menentukan  nasib diri anda, perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah minda anda.

"sekiranya anda menanam benih-benih kegagalan atau minda, anda pasti bertemu kegagalan. Tetapi sekiranya anda menanam benih-benih kejeyaan, anda pasti menuai hasil kejayaan."

Moralnya, anda tidak dapat mengubah nasib yang anda alami sekarang. Tetapi apabila anda mengubah benih ataupun minda anda hari ini , anda pasti dapat mengubah nasib diri anda pada esok hari.

Bagi yang ingin berjaya, anda perlu mempunyai minda yang penuh dengan benih kejayaan. Bagi anda yang ingin kekayaan, apa yang perlu anda lakukan adalah memenuhkan minda anda dengan benih kekayaan.

Apabila anda berhenti sebentar daripada membaca ini, apa yang perlu anda fahami adalah kehidupan yang anda lalui hari ini adalah hasil daripada minda anda, kejayaan, kesihatan, kekayaan, kebahagian adalah hasilnya dan pelbagai lagi hasil yang anda temui setiap hari. Ia adalah hasil daripada pemikiran ataupun cara minda anda berfikir setiap minit dan saat.

Oleh itu, apabila anda berhadapan dengan masalah kesihatan, kewangan ataupun pelajaran, ia kerana kesalahan minda anda yang mengeluarkan hasilnya. Anda sebaik-baiknya tidak menyalahkan nasib, rakan-rakan, keluarga dan pengaruh lain.

"ciri utama manusia yang gagal adalah manusia yang terus mencari alasan bagi menutup kesalahan dirinya."

Jadi, apakah perbezaan antara jutawan dengan orang yang miskin? Setiap manusia dijadikan tuhan dengan tubuh badan yang sama dengan bill gates, Donald trump, Robert kuok, tan sri syed moktar, anda dan saya juga mempunyai bentuk yang sama. Anda tidak perlu menyalahkan tuhan berlaku adil kepada makhluknya.



Napoleon hill pada tahun 1937, menghabiskan msa selama 20 tahun hanya bagi mencari rahsia 500 jutawan dunia pada masa itu. Beliau dengan dorongan Andrew carnegia menemu bual jutawan-jutawan itu dan meneliti tingkah laku mereka. Di dalam bukunya, think and grow rich (terjual berjuta-juta naskhah) hill menemui beberapa persamaan antara semua jutawan itu. Salah satunya adalah menggunakan kekuatan minda mereka.

Banyak artikel kejayaan yang menceritakan bagaimana orang yang mempelajari pelbagai kemahiran perniagaan, prinsip-prinsip kejayaan dan menghadiri pelbagai seminar berkenaan bagaimana hendak berjaya, tetapi masih mengalami kegagalan dalam pernigaan.

Leslie, penulis buku berkenaan kejayaan dan motivasi adalah usahawan bagi beberapa syarikat yang menghasilkan pendapatan puluhan juta. Tetapi seblum leslie berjaya mencapai tahap itu, beliau mengalami kegagalan dalam setiap perniagaan yang beliau usahakan, walaupun beliau mengikuti dan membaca ratusan buku dan puluhan seminar semenjak beliau berumur 18 tahun. Hanya pada umur 41 tahu, beliau mula melihat secara serius berkenaan prinsip-prinsip kejayaan dan cara berfikir serta melihat semula cara pemikiran yang yang di programkan ke dalam minda beliau.

Pada umur 45 tahun, beliau mula memahami dan menggunakan apa  yang beliau tahu berkenaan minda dan sistem kepercayaannya. Dalam tempoh lima tahun kemudianya, beliau mencatatkan pendapatan melebihi jutaan dolar. Dalam tempah mencatatkan pendapatan pendapatan 60 juta dolar, suatu perkara yang beliau tidak pernah mimpikan sebelumnya.

Faktor sistem kepercayaan yang tidak dititikberatkan menjadi halangan utama kejayaan. Dengan hanya memprogramkan semula kepercayaan, anda mampu berjaya dengan cemerlang dalam mencapai tahap kebebasan kewangan anda.

Robert kiyosaki menyatakan yang beliau boleh menjadi peter lynch semasa ingin membuat pelaburan saham, seperti warran buffet semasa ingin membuat pelaburan hartanah, seperti Donald trump semasa beruding dan mengendalikan urus niaga. Bagaimana Robert melakukanya? Robert menerangkan yang beliau selalunya meniru mental mereka melalui pembacaan buku yang ditulis oleh jutawan itu, yang menceritakan berkenan jutawan itu. Sehinggakan Robert menjadi bukan seprti dirinya semasa hendak membuat keputusan, semasa dalam pasaran ataupun sedang merunding urus niaga. Secara tidak disedari, Robert meniru tindakan keberanian mr trump.

Ini hanya menggambarkan betapa anda perlu mempunyai cara orang yang berjaya supaya anda dapat membuat keputusan ataupun menerima hasil yang hebat.

Sekiranya anda pernah menghadapi situasi di mana kegagalan demi kegagalan berlaku dalam perniagaan ataupun kehidupan, ataupun sentiasa menghadapi halangan yang hampir serupa, apa yang saya ingin nasihatkan adalah ia bukanlah semata-mata nilai cara berfikir dan menganalisis semula sistem kepercayaan berkenaan kehidupan kejayaan kekayaan dan sebagainya. Itu sebenarnya kunci kegagaln anda.
Apabila anda ingin menjadi jutawan, anda perlu ada minda sebagai usahawan. Apabila anda ingin menjadi pemimpin yang hebat. Begitu juga menjadi pemimpin yang hebat. Begitu juga bagi orang yang sukses dalam kewangan ataupun menjadi kaya, anda perlu memiliki mindset jutawan

Apabila anda ingin menjadi seperti jutawan yang hebat, anda perlu baca apa yang mereka baca, miliki nilai-nilai yang mereka amalkan dan bekerjalah seperti mereka bekerja.

Seperti kemahiran-kemahiran lain. Bagi mencapai kejayaan yang hebat, ia dapat dipelajari dan ditiru. Anda hanya perlu faham dan amalkan sehingga ia menjadi tabiat semula jadi anda. Selepas itu anda dapati setiap yang anda lakukan pasti berjaya. Anda seperti magnet yang dapat menarik apa yang anda inginkan kerana ia adalah tabiat semula jadi yang tidak perlu anda fikirkan lagi. Ia bertindak secara semula jadi. Seperti warran buffet yang ingin buat pelaburan hartanahnya, ataupun seperti ananda Krishnan yang membuat keputusan-keputusan perniagaan yang pasti menjadi kan beliau lebih kaya dan berjaya.

Jangan biarkan minda anda memandu perjalanan anda. Anada sebenarnya pemandu yang menentukan perjalanan hidup anda. Malangnya, kebanyakan kita membiarkan minda yang membawa kita. Sebaik-baiknya beri arahan kepada minda kearah mana dan apakah tempat yang ingin anda tujui. Apabila setiap hari anda memberi arahan dan gambarkan tempat itu, mustahil anda tersasar ataupun tersesat sepanjang perjalanan menuju matlamat anda.

Jadi apa yang anda fikirkan lagi? Adakah anda masih mahu mengekalkan minda memandu anda ? ramai orang tidak memikirkan diri mereka sendiri. Mereka hanya membenarkan pendidikan ataupun latihan dan budaya masyarakt yang mereka terima menentukan apa yang mereka fikirkan. Malah ramai yang tidak sedar apa sebenarnya yang mereka fikirkan ataupun apa yang berada dalam pemikiran tidak cuba mengawal apa yang mereka fikirkan. Mereka Cuma membiarkan fikiran berjalan secara proses. Ia sebenarnya menunjukkan mereka membiarkan fikiran menentukan nasib diri mereka.

Oleh itu , perkara pertama yang pelu dilakukan adalah belajar bagaimana hendak berfikir. Kemudian, belajar bagaimana mengawal dan menentukan sendiri apa yang anda ingin fikirkan.

"apabila anda melakukan perkara yang sama seperti hari, anda menerima hasil yang sama seperti anda terima sebelumnya"

  

Anda seperti apa yang anda fikirkan


Suatu hari seorang petani terjumpa telur burung helang di atas sepohon pokok yang dijadikan sarang oleh burung hekang. Petani itu membawa balik dan meletakkan telur itu bersama-sama dengan telur ayam yang dieramkan oleh ibu ayam. Selepas menetas, anak helang itu hidup seperti anak-anak ayang yang lain.

Suatu hari, ia melihat burung helang yang terbang dengan megahnya di angkasa. Berkatalah anak helang tadi, wah ! siapakah gerangannya yang terbang dengan pantas dan gagah itu?

"itulah helang, raja segala burung" kata anak ayam.

"tidak bolehkah kita terbang sepertinya?" kata anak helang itu.

"jangan bermimpi kerana kita hanya ayam, makluk di daratan. Manakala helang burung yang memang gagah di udara."

Anak helang melihat banyak persamaan yang  terdapat pada dirinya dengan helang yang terbang di udara. Namun kerana kata-kata anak ayam di sekelilingnya yang menyatakan dirinya hanya ayam, ia hanya boleh makan dan minum seperti ayam ayam. Anak helang mempercayai ia tidak boleh terbang seperti helang yang gagah di udara walaupun ia mempunyai kebolehan terbang tinggi di langit.

 

No comments:

Post a Comment