Friday, June 3, 2011

Rahsia pertama: Kesedaran pada Kekayaan



"saya pernah miskin, dan saya pernah hidup dengan penuh kemakmuran ternya menjadi orang kaya jauh lebih baik."

Saya pernah terbaca artikel yang mencerita berkenaan pelombong emas di peru. Pelombong emas itu ditanya oleh penulis berkenaan bagaimanakah beliau dengan mudah dapat mencari emas di lombong itu? Pelombong itu berkata, "ada emas di mana-mana, Cuma kebanyakkan orang tidak dilatih melihatnya."

"kebanyakan ornag tidak dilatif melihatnya." Apakah yang anda dapat daripada penyataan itu? Sebenarnya is menjelaskan bagaimana kesedaran pada kekayaan perlu dilatih bagi anda mendapatkannya. Kekayaan ada di mana-mana, Cuma anda tidak peka bagaimana anda boleh melihat dan mendapatkanya.

"emas itu ada di celah-celah gumpalan tanah. Sekiranya anda tidak mahir ataupun tidak mengenalinya, anda tidak menjumpai ketulan emas itu." Ini perkara yang penting berada dalam minda ataupun sistem kepercayaan orang kaya ataupun jutawan.

Apakah yang dimaksudkan dengan kesedaran berkenaan bahaya dadah, langkah awal dalam minda manusia bagi semua perkara terutamanya dalam memahami sesuatu keadaan.

Kempen bertujuan membentuk kesedaran orang ramai pada perkara yang ingin ditekankan. Apabila kempan dijalankan, kempen itu menerangkan sebab-sebab bahaya penyakit itu bahaya  kepada masyarakat, cara ia berjangkit dan cara pencegahanya. Apabila kita sedar berkenaan penyakit itu, kita pasti tahu bagaimana menghindari penyakit itu. Pengetahuan berkenaan penyakit itu penting.

Begitu juga berkenaan kekayaan. Kesedaran berkenaan kekayaan adalah langkah pertama yang perlu ada dalam diri orang yang ingin menjadi jutawan tanpa kesedaran ini. Anda sudah tentu tidak mempunyai keyakinan bagi mencapai kekayaan.

Saya mempunyai sahabat baik yang meminta kereta Mercedes lama model 300 SE. kerana minat beliau yang kuat, ia mengaktifkan minda beliau. Apa yang saya perasan, setiap kali beliau berselisih ataupun Cuma beberapa saat sahaja melepasi kereta impian beliau, pasti beliau perasan ataupun dapat melihat kereta itu walaupun kereta itu terletak di tepi jalan bersama-sama kereta model lain yang banyak. Bagi kita yang tidak mengaktifkan kesedaran berkenaan kereta itu, tentu tidak beberapa perasan walaupun kereta itu berada depan mata kita.

Begitu jutawan, kesedaran mereka pada kekayaan dan wang adalah tinggi. Kerana itu, mereka dapat melihatdan menghidu setiap peluang kekayaan dengan lebih cepat daripada orang lain. Ini kerana mereka mengaktifkan minda mereka dengan kesedaran pada kekayaan.

Bagi mendapatkan kekayaan, kesedaran berkenaannya penting. Cuba anda renungi bagaimana kesedaran dititikberatkan dalam masyarakat kita. Pelbagai kempen kesedaran yang dijalankan bagi menangani sesuatu isu. Dalam bidang pendidikan, kesedaran penggunaan komputer bagi peringkat seluruh masyarkat dimulakan dengan mengenali apa itu komputer dan cara-cara mengendalikannya semenjak kanak-kanak lagi. Kesedaran ini bertujuan menanam minat dan supaya mereka dapat mengunakan komputer dengan lebih baik apabila mereka dewasa.

Begitu juga kesedaran berkenaan kesihatan seperti diabetes ataupun darah tinggi. Kerajaan membelanjakan berjuta ringgit dalam membentuk kesedaran berkenaan penyakit itu dari segi tanda-tanda awal, sebab-sebab, cara mengatasi dan pencegahan. Ini supaya masyarakat tahu bagaimana mengelak diri daripada dijangkiti penyakit itu.

Begitu juga bagi kesedaran berkenaan kekayaan. Tidak pernah anda menemui kempen berkenaan kekayaan bukan? Kerana itu anda perlu membentuk kesedaran berkenaan kekayaan dalam diri supaya anda boleh memahami bagaimana anda boleh memdapat dan menggunakannya.

Kesedaran pada kemakmuran  

Para jutawan adalah orang yang berjaya dalam bidang mereka. Mereka mengaktifkan sel otak bagi menerima, menarik dan menghidu segala peluang serta kesempatan supaya mereka menjadi kaya. Ini adalah bakat yang selalu disalah ertikan sebagai kebolehan yang diperolehi secara semula jadi ataupun keturunan. Tetapi sebenarnya, ia boleh dilatih dan dibangunkan dalam diri setiap individu. Ia terbentuk kesan daripada pendidikan ataupun persekitaran yang menyebabkan individu itu mempunyai persepsi tersendiri pada kekayaan.

Apabila anda membaca buku Robert kiyosaki, anda memahami sekiranya anda ingin memperoleh kekayaan, pelajaran ataupun kesedaran berkenaan wang dan kekayaan adalah penting. Ini supaya anda dapat mengawal dan menarik kekayaan datang ke dalam hidup anda.

Anda boleh melihat kenapa kaum melayu tercicir dalam soal kekayaan atau pun mencari wang berbanding kaum cina. Bagi kaum cina, kesedaran berkenaan wang terbentuk semenjak mereka masih kacil. Mereka diajar nilai wang dan bagaimana wang bekerja serta memperolehinya. Berbanding kaum melayu, mereka konservatif apabila membicarakan soal kekayaan.

Sepanjang saya bekerja dengan syarikat multinasional dalam bidang kewangan, saya dapati orang melayu tidak menitiberatkan kadar faedah yang dikenakan apabila mereka membeli barangan secara ansuran. Orang melayu lebih suka melihat jumlah bulanan yang mereka bayar tanpa melihat tempoh bulanan serta bayaran laian yang dikenakan dalam perjanjian pembelian barangan itu. Berbanding orang cina, mereka menyoal kadar faedah serta bayaran perkhidmatan lain yang mereka perlu bayar apabila mereka membeli barangan itu.

Ini menunjukkan orang cina memahami kesan penggunaan ataupun cara bagaimana wang digunakan secara keseluruhannya. Ini kerana ia mempengaruhi kedudukan kewangan mereka pada masa akan datang.

Kesedaran supaya kaya
Ramai yang selalu berkata, "buat apa cari duit banyak-banyak, bukan boleh bawa masuk ke dalam kubur."

Anda perlu memahami hal ini , wang adalah alat. Sebagai alat, ia memberi kita banyak kemudahan dan pilihan. Oleh itu, anda perlu tahu kenapa anda perlu kaya. Ia menjadi pemacu ataupun penolak bagi mengejar kekayaan.

Kekayaan selalu disalah ertikan oleh orang miskin sebagai perkara yang merosakkan individu dan masyarakat. Ulama indonesia yang terkenal, Abdullah gymnastiar atau dikenali dengan Aa Gym menulis dalam buku beliau, beruntung bagi sesiapa yang diberikan Allah harta kekayaan melimpah kerana ia dapat memanfaatkan kekayaan mereka kepada orang lain.

Sekiranya anda mempunyai kekayaan , anda boleh membantu ramai orang. Anda boleh memberi pendidikan yang baik kepada anak anda. Anda boleh membantu keluarga mereka anda. Yang penting ia membantu meningkatkan imej agama dan bangsa anda.

Kadang-kadang anda terdengar orang berkata wang tidak penting. Ini menyebabkan orang itu sukar mendapatkan kekayaan dalam kehidupannya. Ia ibarat anda mengatakan rakan anda tidak penting kepada diri anda. Tahukah anda apakah reaksi rakan anda apabila beliau mengetahuinya. Saya pasti rakan anda mula menjauhkan dirinya daripada anda. Tentu tidak sukar bagi anda meneka apakah yang berlaku kepada kekayaan sekiranya anda turut mengatakan yang wang tidak penting dalam kehidupan anda.

Kekayaan ataupun wang juga adalah tenaga semula jadi. Ia bertindak balas mengikut tenaga yang dikeluarkan dalam minda anda. Apabila anda membenci kepentingan kekayaan, bagaimana kekayaan datang kepada anda?

Ramai orang mempunyai perasaan yang salah berkenaan dunia kehidupan mereka. Mereka kerap menyalahkan betapa hidup di dunia ini perkara yang susah. Dunia ini penuh dengan kegagalan. Sedangkan sebenarnya, ia hanyalah persepsi mereka yang salah dan mereka yang hanya memfokuskan pada perkara yang negetif.



Mereka miskin kerana cenderung kepada kemiskinan.

Ramai orang yang dibelenggu kemiskinan tidak sedar kenapa mereka tidak berjaya membebaskan diri daripada kemiskinan. Selalunya pelbagai alasan yang diberikan bagi menutup kelemahan diri sendiri ataupun menyalahlah takdir padahal kekayaan berada di sekeliling mereka.

Kelemahan utama adalah mereka cenderung kepada kegagalan dan kemiskinan. Setiap hari, mereka memikirkan hal-hal kesusahan, kegagalan dan kemiskinan. Mereka bergaul dan hanya berkawan dengan orang yang gagal. Mereka hanya mendengar cakap-cakap daripada orang yang sama kedudukan kewangan dengan mereka. Apabila anda dekat dengan orang yang gagal, anda berfikir seperti mereka. Mereka meletakkan halangan dalam diri dengan memprogram minda mereka dengan gambaran dan bayangan kesusahan. Ia ibarat doa yang merealisasikan ketakutan yang terdapat dalam dunia minda mereka.

Apabila anda perhatikan golongan yang gagal, mereka sentiasa membenci ataupun mencipta cerita-cerita yang salah dan memburukkan orang yang berjaya mendapatkan kekayaan. Bagaimana mereka boleh mendapatkan kekayaan sekiranya tertanam rasa benci dengan kekayaan yang diperoleh oleh orang lain? Ia ibarat racun yang membunuh diri mereka. Kenapa perlu takut mengambarkan diri anda dengan kekayaan?

No comments:

Post a Comment