Tuesday, March 22, 2011

EXTRACTED FROM PDRM website


KPD Subang Jaya Turun Ronda Di Subang Taipan  
Subang Jaya, 18 Mac 2011 - Polis Daerah Subang Jaya pada petang tadi telah mengadakan Program High Visibility di sekitar kawasan Subang Taipan, Subang Jaya Selangor. Program ini adalah salah satu program community policing di mana pihak polis membuat rondaan untuk bertemu serta berinteraksi dengan masyarakat bagi mendapatkan maklum balas tentang keadaan jenayah semasa.
Program yang berlangsung selama lebih kurang 3 jam itu dihadiri sendiri oleh Ketua Polis Daerah Subang Jaya, YDH ACP Zainal Rashid bin Hj. Abu Bakar bersama beberapa Pegawai Kanan dari IPD Subang Jaya, IPK Selangor dan Urusetia NKRA Bukit Aman.
http://www.rmp.gov.my/filebase/image/40620_IMG_0278.JPG
YDH ACP Zainal Rashid sempat bertemu dengan beberapa pemilik kedai dan juga masyarakat setempat bagi mendapatkan maklumat serta maklum balas daripada mereka. Beliau yang agak komited dalam memastikan keadaan di kawasan Subang Taipan khususnya dan di Subang Jaya amnya selamat dan terkawal. Walaupun keadaan hujan renyai namun ia tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan program ini sehingga selesai. Tambah beliau lagi, ada banyak program community policing seperti ini akan dibuat pada lain-lain masa,

http://www.rmp.gov.my/filebase/image/40620_IMG_0205.JPG
YDH ACP Zainal Rashid bersama Pemilik Restoran Kayu Nasi Kandar, Ybhg. Dato' Sirajudin.

http://www.rmp.gov.my/filebase/image/40620_IMG_0208.JPG
YDH KPD Subang Jaya bertemu dengan beberapa wakil peniaga di Subang Taipan.

http://www.rmp.gov.my/filebase/image/40620_IMG_0213.JPG
High Visibility - YDH KPD Subang Jaya bertanyakan sesuatu kepada anggota bertugas Ops Payung.

http://www.rmp.gov.my/filebase/image/40620_IMG_0227.JPG
YDH KPD Subang Jaya berjalan di sekitar Subang Taipan.

http://www.rmp.gov.my/filebase/image/40620_IMG_0228.JPG
Walkabout bersama masyarakat setempat.

http://www.rmp.gov.my/filebase/image/40620_IMG_0242.JPG
Salah seorang anggota polis menerangkan isi kandungan risalah pencegahan jenayah.

http://www.rmp.gov.my/filebase/image/40620_IMG_0251.JPG
Masyarakat peka dan prihatin kepada pihak polis.

http://www.rmp.gov.my/filebase/image/40620_IMG_0261.JPG
YDH ACP Zainal Rashid semasa ditemubual oleh wartawan.

http://www.rmp.gov.my/filebase/image/40620_IMG_0274.JPG
Seorang peniaga menjelaskan sesuatu kepada YDH KPD Subang Jaya.


Seorang anggota polis mengedarkan risalah pencegahan jenayah di sebuah restoran di Subang Taipan.

http://www.rmp.gov.my/filebase/image/40620_IMG_0281.JPG
Pegawai Kanan Polis juga turun padang dalam memberikan maklumat kepada masyarakat.

http://www.rmp.gov.my/filebase/image/40620_IMG_0252.JPG
Antara beberapa risalah yang turut diedarkan.

Berita dan gambar : L/Kpl Baharin

No comments:

Post a Comment