Sunday, April 24, 2011

Anggap Sebagai Sedekah

Anggap Sebagai Sedekah ..

Susah sangat ke kalau anda nak anggapkan apa yang anda tulis tu sebagai satu sedekah. Tak kira la post tu .. tutorial, bahan bacaan, lawak, gambar rujukan ataupun lain² lagi. Yang penting dalam hati tu .. kena ikhlas. Baru la apa yang anda usahakan dekat sini .. bermanfaat. Income dapat .. pahala pun dapat. Macam sabda Rasulullah saw.

“Bersedekahlah kalian, kerana sesungguhnya sedekah dapat menambah harta yang banyak. Maka bersedekahlah kalian, niscaya Allah menyayangi kalian.” (Al-Wasail 6: 255, hadis ke 11)
credit: Albasori

Ini tidak .. bila orang tiru sikit. Dah mengelabah. Cakap yang tu anda punya  .. hak cipta terpelihara .. dan macam² lagi. Tapi bila ditanya kenapa buat tulis blog .. sebab nak buat duit extra.

Emm .. nak dapat duit extra tu. Memang bagus! Tapi kalau anda kedekut nak share dengan orang lain. Macam mana rezeki nak masuk. Cuba berfikiran terbuka sedikit. Saya pun tak kisah bila orang nak copy paste post kat sini. Nak letak kredit atau tak .. tu terpulang kepada orang yang copy. Yang tahu .. Allah. Kalau saya tak dapat kat sini .. sekurang²nya .. kat akhirat sana dah ada bekalan. Insya Allah!

capt. bob: Selagi orang membaca .. selagi orang copy paste .. selagi itu rezeki anda akan sentiasa terbuka. Yang penting .. niat untuk bersedekah!

No comments:

Post a Comment