Ramai yang menganggap tanda aras dan ukuran KEJAYAAN semua orang di dalam dunia ini adalah dengan berapa banyak duit dan harta yang dia miliki serta berapa tinggi pangkat dan gelaran yang dia perolehi.
Ada juga yang berkata, kau pasti akan cemburu bila lihat aku sudah berjaya kelak sebab kau tak mahu dengar cakap aku, ikut cara aku dan mencontohi aku.
Namun hakikatnya, definisi dan ukuran SEBUAH KEJAYAAN itu berbeza pada setiap orang.
Setiap orang melihat sebuah kejayaan itu dari sudut yang berbeza.
Kau, kau punya haluan, kau punya cara.
Aku, aku punya haluan, aku punya cara.
Kita sama2 mengejar suatu matlamat dan kejayaan yang berbeza dalam hidup.
Apabila kau sudah berjaya mencapai apa yang kau cita2kan, ia adalah suatu kejayaan yang memang bermakna buat diri kau namun tidak semestinya bermakna pada orang lain, malah aku tidak sedikit pun mencemburui kejayaan kau, kerana ukuran kejayaan aku berbeza dengan kau.
Oleh itu usahlah merasakan sombong dengan kejayaan yang kau kecapi itu sehingga membuatkan kau berasa lebih berjaya dan atas daripada orang lain.
Usahlah samakan kejayaan yang kau peroleh itu adalah impian yang semua orang pun idam2kan.
Usahlah memaksa orang lain untuk mengikuti haluan dan cara engkau dalam mencapai kejayaan.
Usahlah juga memperlekehkan orang lain yang tidak mahu mengikut jalan dan cara engkau kerana definisi dan tanda aras KEJAYAAN kita tidak mungkin sama, malah IMPIAN dan CITA-CITA kita juga tidak pernah kan sama.

Gambar hiasan |
- Ada orang merasai kejayaan setelah mendapat duit yang banyak hasil dari perniagaan.
- Ada orang merasai kejayaan setelah menamatkan PhD dan mendapat gelaran Dr.
- Ada orang merasai kejayaan setelah pembedahan yang dilakukannya berjaya menyelamatkan nyawa.
- Ada orang merasai kejayaan setelah aplikasi yang dibangunkan mencecah 1 juta muat turun.
- Ada orang merasai kejayaan setelah lagu ciptaannya telah dimainkan di corong-corong radio.
- Ada orang merasai kejayaan setelah banyak mengembara ke pelusuk dunia.
- Ada orang merasai kejayaan setelah blognya telah mencapai 1 juta pageviews.
- Ada orang merasai kejayaan setelah penulisannya berjaya dibukukan.
- Ada orang merasai kejayaan setelah komik lukisannya mendapat sambutan ramai.
- Ada orang merasai kejayaan setelah menghafal 30 juzuk Al-Quran.
- Ada orang merasai kejayaan setelah menubuhkan rumah untuk anak-anak yatim.
- Ada orang merasai kejayaan itu apabila dapat berjalan semula setelah kakinya pulih dari lumpuh.
- Malah ada orang yang menikmati betapa manisnya kejayaan itu walau sekecil-kecil kejayaan seperti berjaya membaca setelah 50 tahun menjadi buta huruf.
Setiap orang melihat sebuah kejayaan itu dari sudut yang berbeza.
Kau, kau punya haluan, kau punya cara.
Aku, aku punya haluan, aku punya cara.
Kita sama2 mengejar suatu matlamat dan kejayaan yang berbeza dalam hidup.
Apabila kau sudah berjaya mencapai apa yang kau cita2kan, ia adalah suatu kejayaan yang memang bermakna buat diri kau namun tidak semestinya bermakna pada orang lain, malah aku tidak sedikit pun mencemburui kejayaan kau, kerana ukuran kejayaan aku berbeza dengan kau.
Oleh itu usahlah merasakan sombong dengan kejayaan yang kau kecapi itu sehingga membuatkan kau berasa lebih berjaya dan atas daripada orang lain.
Usahlah samakan kejayaan yang kau peroleh itu adalah impian yang semua orang pun idam2kan.
Usahlah memaksa orang lain untuk mengikuti haluan dan cara engkau dalam mencapai kejayaan.
Usahlah juga memperlekehkan orang lain yang tidak mahu mengikut jalan dan cara engkau kerana definisi dan tanda aras KEJAYAAN kita tidak mungkin sama, malah IMPIAN dan CITA-CITA kita juga tidak pernah kan sama.
No comments:
Post a Comment